Malam Tahun Baru Cina

Malam Tahun Baru Cina
Nama rasmi除夕 (chúxī) di China
Diraikan oleh/di
China, Korea, Malaysia, Singapura, Taiwan, Vietnam
JenisBudaya, Agama
KepentinganDisambut pada penghujung tahun
Tarikhhari terakhir bulan qamari yang ke-12[1]
Berkaitan dengan
Tahun Baru Cina

Malam Tahun Baru Cina ialah hari sebelum Tahun Baru Cina. Menyambut Malam Tahun Baru Cina selalu menjadi hal keluarga di China, ia merupakan hari majlis perjumpaan bagi setiap keluarga Cina. Sambutan ini telah berkembang dalam tempoh masa yang panjang. Asal usul Malam Tahun Baru Cina dapat dijejak semula pada 3500 tahun yang lalu. Malam Tahun Baru Cina berasal di Dinasti Shang (1600 – 1046SM), apabila orang Cina mengadakan upacara korban sebagai penghormatan sempena dewa dan keturunan pada penghujung setiap tahun. Kemudian di Dinasti Zhou (1046 – 256SM), frasa “Nian (Tahun)” muncul dan kemudian amalan budaya tertentu menjadi popular dalam kalangan orang Cina seperti menghantar dewa pintu, membakar buluh.[2]

  1. ^ "Lunar New Year's Eve in China". timeanddate.com. Dicapai pada 23 September 2018.
  2. ^ Bin, Zhao (1998). "Popular family television and party ideology: the Spring Festival Eve happy gathering". Media, Culture & Society. 20 (1): 43–58. doi:10.1177/016344398020001004.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search